Dirogol dalam tandas keretapi

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan telah dirogol dalam tandas sebuah tren di sini minggu lalu.

Supritendan K.C Agrawal memberitahu CNN bahawa pihaknya mengesyaki lelaki tersebut membawa kanak-kanak itu menaiki kereta api dan menyerang kanak-kanak itu secara seksual di dalam tandas tren.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara Jumaat malam dan Sabtu pagi.

“Buat sementara ini, suspek dipercayai kawan kepada ibu mangsa,” jelas Agrawal.

Bagaimanapun, identiti penyerang yang berusia dalam lingkuan 40 tahun itu masih belum didedahkan.

Mangsa yang dilihat berada dalam keadaan trauma pada pagi Sabtu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. -CNN