Khianat! Tentera Mesir tutup pintu ke Palestin

Kaherah: Pihak berkuasa Mesir menutup sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza untuk tempoh yang tidak ditetapkan “atas sebab keselamatan”.

Beratus-ratus rakyat Palestin terkandas di sempadan yang menjadi satu-satunya laluan masuk ke wilayah Palestin diperintah Hamas.

Penutupan sama pernah dilakukan Mesir selepas tentera menggulingkan Mohamed Mursi 3 Julai lalu. Hamas adalah antara kerajaan yang kuat menyokong pentadbiran Mohamed Mursi dan banyak mendapat manfaat daripada pentadbiran beliau. - AFP