Afdlin Shauki jadi mangsa fitnah...

Selepas Aweera, Farah AF2 dan Amy Search, kini nama pengarah dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki pula dikaitkan dengan isu kontroversi apabila dirinya dikatakan sudah diisytiharkan muflis.

Perkara ini berlaku apabila Afdlin dikatakan gagal membuat bayaran terhadap satu pinjaman yang dibuat dengan sebuah bank.

Mengulas mengenai isu tersebut, Afdlin berkata, “kalaulah benar saya muflis sekarang ini, sudah tentu tidak ada stesen televisyen seperti TV3 dan Astro memberikan projek kepada syarikat saya untuk menghasilkan program.

“Untuk memberikan projek kepada sesebuah syarikat, mereka tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan kerana perlu melihat kedudukan terkini syarikat tersebut terlebih dahulu. Jadi, kenapa pula ada yang mendakwa saya sudah muflis,” katanya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Afdlin kini sedang sibuk dengan program mingguan Super Spontan terbitan Astro Warna yang menghimpunkan pelawak-pelawak terkenal antaranya seperti Nabil, Johan, Jepp dan Shuib Sepah.