EKSKLUSIF dari Makkah Al-Mukarramah, hanya di KedahNews.com!

Sukacita dimaklumkan bahawa portal KedahNews.com akan mula menyiarkan liputan langsung berita dan perkembangan terkini perjalanan ibadah haji tahun 1434 Hijrah setiap hari bermula pada 2 Oktober 2013.

Ikuti laporan secara EKSKLUSIF dari catatan perjalanan wartawan kami yang berpeluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Doakan perjalanan dan ibadah beliau dipermudah Allah SWT dan semoga dikurniakan haji yang mabrur, insyaallah.


Semoga kita semua diberikan rahmat dan kekuatan untuk menguatkan azam serta niat untuk mengunjungi Baitul Ateeq bagi menunaikan ibadah rukun Islam ke-5 itu. Amin ya Rabbal 'Alamin...