"Jangan main-main dengan DAP..."

PETALING JAYA – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), supaya jangan ‘bermain-main dengan parti itu kerana mereka akan terus teguh berdiri walaupun pelbagai sekatan yang dikenakan oleh badan tersebut.

Menurutnya, DAP merupakan sebuah parti yang kuat serta mendapat sokongan majoriti daripada rakyat pada PRU13 yang lalu.

“Saya ingatkan ROS bahawa DAP parti yang teguh.

“Jadi jangan ‘main-main dengan DAP,” katanya ketika memberi ucapan pembukaan bagi sesi pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP yang berlangsung, di One Utama Hotel, di sini, hari ini. – Sinar Harian Online