Lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah

MAKKAH – Seorang lagi jemaah haji Malaysia Shamsiah Yaacob, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung di sini pagi tadi.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH) Anis Zuhani Ahmad berkata, Shamsiah meninggal dunia dalam bas semasa perjalanan dari Tana’im ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.

Shamsiah berasal dari Lorong Kubur, Batu 25, Machang, Kelantan berada dalam bas bersama suaminya Awang Mamat ketika meninggal dunia.

Jenazah Shamsiah diurus oleh TH dan akan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Syara’ek.

Sebelum ini, dua jemaah warga emas dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Madinah dan Makkah. – BERNAMA