McD, Starbucks dijamin halal oleh JAKIM

Pengguna yang dihormati sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:

McDonald’s Secret Recipe The Chicken Rice Shop (TCRS) Starbucks

Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. 

Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.


JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di nadiazammil@islam.gov.my.

Dipetik dari laman web Halal Malaysia