Perwakilan DAP malukan Kit Siang, Guan Eng

Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong membuat kejutan dengan mendahului jumlah undi tertinggi sebanyak 1,438 dalam pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

Chin Tong yang merupakan ahli parlimen Kluang, menewaskan penasihat parti, Lim Kit Siang dengan perbezaan dua undi.

Calon dari bangsa "Melayu", Zairil Khair Johari, meraih 1,132 undi di kedudukan ke-12.

Zairil yang juga ahli parlimen Bukit Bendera dahulunya berada di kedudukan ke 20.

Keputusan pemilihan semula CEC DAP pada Kongres Khas DAP hari ini juga menunjukkan kedudukan status quo, apabila tiada calon muka baru selain calon-calon dipilih pada kongres pada Disember lepas.

Sebaliknya, ia hanya menyaksikan perbezaan jumlah undi dan perubahan kedudukan.
Seramai 49 calon bersaing untuk merebut 20 kerusi dalam CEC pada kongres khas parti itu.

Pemilihan semula diadakan selepas arahan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mendapati terdapat penyelewengan dalam pemilihan sebelum ini yang diadakan pada 15 Disember tahun lepas.

Keputusan pemilihan semula CEC DAP adalah seperti berikut:

1. Liew Chin Tong – 1,438
2. Lim Kit Siang – 1,436
3. Karpal Singh – 1,421
4. Gobind Singh – 1,409
5. Lim Guan Eng – 1,304
6. Chong Chieng Jen – 1,294
7. Anthony Loke Siew Fook – 1,263
8. Chow Kon Yeow – 1,203
9. Fong Kui Lun – 1,193
10. Teng Chang Khim – 1,164
11. Tony Pua – 1,158
12. Zairil Khir Johari – 1,132
13. Teresa Kok – 1,127
14. Chong Eng – 1,111
15. M. Kulasegaran – 1,088
16. Tan Kok Wai – 1,088
17. Teo Nie Ching – 1,081
18. Boo Cheng Hau – 961
19. Nga Kor Ming – 956
20. Ngeh Koo Ham – 809

Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, bagaimanapun bilangan calon kali ini menurun sebanyak 19 orang, berbanding 68 calon semasa Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu, apabila pemilihan pertama kali diadakan.

Beliau berkata, 17 orang menarik diri manakala dua yang lain keluar daripada parti.

Sebelum ini sebanyak 1,725 ??kertas undi telah diberikan, dengan jumlah undi diterima adalah 33,260 dimana 62 daripada adalah undi rosak.