EKSKLUSIF dari Baitul Ateeq: Jemaah Haji "cemburu" pada petugas Tabung Haji...

Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh menyampaikan amanatnya pada para petugas Tabung Haji...
Sebetulnya pagi tadi (Jumaat, 4hb Oktober 2013) penulis sempat bersarapan bersama beberapa petugas Lembaga Tabung Haji di kafeteria hotel penginapan kami, Janadriah, yang terletak kira-kira 900 meter dari Masjidil Haram.

Katanya, Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh petugas Lembaga Tabung Haji Malaysia yang bertugas pada musim Haji 1434 Hijrah...

Seluruh petugas sama ada dari Jeddah, Madinah atau Makkah akan berhimpun untuk mendengar amanat dari Datuk Syed Salleh. Penulis bertanya, bolehkah penulis turut serta mendengar taklimat itu?

Alhamdulillah, permintaan tersebut tidak disia-siakan. Selesai bersarapan, penulis mengikut Hj Nasir yang banyak bercerita tentang khidmat Tabung Haji pada setiap musim haji...
Para petugas Tabung Haji begitu komited dan bangga berkhidmat untuk para jemaah haji...banyak da besar betul pahala mereka...
Antara intipati amanat yang disampaikan Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia tu ialah beliau mahu seluruh petugas Tabung Haji meneruskan khidmat cemerlang yang mereka berikan pada para jemaah yang hadir...

Malah kalau boleh, beliau mahu para petugas yang berkhidmat untuk para jemaah itu meningkatkan lagi layanan yang lebih istimewa pada para tetamu Allah dari Malaysia.

Dengan tema "Santuni Dhuyufurrahman", Datuk Syed Salleh dengan semangat menggesa agar lebih 700 petugas Tabung Haji membantu sebaik mungkin para jemaah.

Oooohhh! Patut pun.. patut pun seluruh petugas Tabung Haji begitu berbudi bahasa, sopan santun dan banyak membantu kami para jemaah haji. Rupanya mereka punya seorang ketua yang mengambil berat dengan khidmat yang Tabung Haji sediakan untuk para jemaah...

Kata Hj Nasir, memang begitulah peranan para petugas Tabung Haji saban tahun. Tiap-tiap tahun mereka berikan khidmat terbaik untuk para jemaah dan sentiasa mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan yang mereka berikan pada jemaah...

Kata Datuk Syed Salleh, Tabung Haji sering mencari jalan yang lebih kreatif demi jemaah haji dari masa ke masa. Selalunya, khidmat yang diberikan pada tahun itu lebih baik dari tahun sebelumnya. Hmmm... terbaik la Tabung Haji... sistematik dan sentiasa improvise... syabas!
Para petugas Tabung Haji berikrar penuh bersemangat untuk meneruskan khidmat cemerlang mereka pada "dhudyufurrahman" (tetamu Allah)... subhanallah... cemburu betul penulis pada mereka...
Secara peribadi, penulis sangat berpuas hati dan berterima kasih pada para petugas Tabung Haji atas khdimat mereka pada kami para jemaah. Mereka sangat membantu. Bukan setakat salam, malah senyuman pun mereka sering berikan setiap kali kami bertembung atau berselisih jalan...

Penulis sendiri merasai pengalaman dibantu petugas Tabung Haji. Misalnya, beg penulis yang dipindahkan dari bas jemaah ke hotel penginapan. Penulis tidak sengaja "miss contact" dengan beg penulis. Tapi dengan pertolongan dari petugas, sekejap saja beg itu sudah berada di depan mata...

Pada penulis, para petugas Tabung Haji sangat bertuah. Bukan saja mereka dapat beribadah menunaikan ibadah haji di rumah Allah, malah mereka begitu mudah memperoleh pahala "percuma" dengan bantuan yang mereka hulurkan pada para jemaah. Cemburu penulis dibuatnya...