EKSKLUSIF dari Makkah: Pakej Haji THTS bernilai RM30k - RM145k...

Hotel As-Syuhada'... pakej Haji Aqiq dari THTS...
Semalam penulis sempat meluangkan masa sebentar ke Hotel As-Syuhada' yang terletak kira-kira 600 meter dari Masjidil Haram. Sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang menjadi lokasi kediaman jemaah haji yang menggunakan khidmat pakej Haji bersama Tabung Haji Travel & Services (THTS).

Memang "hebat" bila berada di hotel berkenaan. Terasa "arab" sungguh! Bayangkan, ada khemah "ala-ala arab" di lobby hotel berkenaan. Sangat berbeza dan selesa. Begitulah Allah meng"ikram" dan memuliakan tetamu-tetamu agung di rumahNya...

Pada penulis,  "hebat"nya menggunakan khidmat pakej haji THTS bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ramai umat Islam Malaysia yang mampu menggunakan pakej tersebut bagi keselesaan diri masing-masing.
Hj Nasruddin... Pengurus Kanan THTS yang memuliakan tetamu-tetamu Allah dengan keselesaan dan ketenangan ibadah yang penuh pengisian...
Lagipun, rezeki yang kita dapat tu semuanya dari Allah SWT. Jadi apa salahnya jika kita belanjakan rezeki yang melimpah ruah itu ke jalan Allah SWT? Tidak menjadi dosa dari sudut Syariah Islam, bukan? Malah kita akan dapat lebih menumpukan diri pada ibadah sepenuhnya, insyaallah...

Kebetulan, penulis ditemukan dengan Pengarah Operasi Haji THTS, Hj Nasruddin. Beliau banyak bercerita mengenai pakej-pakej haji dan umrah yang dianjurkan anak syarikat Tabung Haji itu. Memang menarik pakej-pakejnya...


Pun begitu, pakej haji THTS bermula dari harga RM30,000 hingga yang paling mahal mencecah RM145,000! Pakej paling murah ialah pakej Aqiq (RM29,990) dan yang paling mahal ialah pakej Al-Maas (RM144,990). Amacam? Berani?

Jangan tak tahu, bahawa pakej haji yang ditawarkan THTS tu sebenarnya jauh lebih murah dari sepatutnya. Kita sanggup berbelanja beratus-ratus ribu nak beli Camry, Alphard, Porsche Cayyenne, dan paling kurang pun Honda Accord yang berharga lebih dari RM150,000...

Kita sanggup buat pinjaman bank beratus ribu untuk beli kereta. Bayar tiap-tiap bulan pada bank dan kita sanggup bayar duit faedahnya sekali, kan? Ada yang perlu bayar selama 7 tahun dan ada yang perlu bayar sampai 9 tahun, baru langsai harga hutang keretanya...

Itu semua bersifat duniawi, bukan? Duit boleh dicari.. tapi kalau "surat jemputan" dari Allah ke rumahNya, berapa nilai harganya di mata kita?

Bila disebut "duniawi", apalah salahnya kita "melabur" pula untuk "ukhrawi"? Dah cukup ke pelaburan kita di akhirat tu? Boleh habiskan beratus ribu untuk kereta, tapi nak bayar RM50,000 untuk harga sebuah pengampunan, keredhaan dan ke jalan Allah, tiba-tiba kita jadi "kedekut"?

Hotel As-Syuhada'...Ciri-ciri Arab dikekalkan...
Nak masuk dalam khemah VIP pak arab di tengah "padang pasir"...
Minum teh tarik kat sini sambil pekena pisang goreng panas... menarik tu..!
Amacam? Selesa..kan?
Yang ni coffee house...
Neat and tidy...kemas dan bersih...
Ni pulak keadaan dalam biliknya...
Wang ringgit bukan menjadi soal sebenarnya. Yang menjadi persoalannya ialah sama ada kita mahu atau tidak, sanggup atau tidak, bukan? Kalau mahu, seribu daya dan kalau tak mahu seribu dalih. Kalau mahu beli kereta, sampai 9 tahun pun sanggup ikat perut. Kalau mahu tunai haji dengan selesa, takkanlah RM30,000 pun kita nak kedekut, kan?

Menurut Hj Nasruddin, seramai 1,151 orang jemaah yang menggunakan khidmat pakej THTS pada tahun 1434 Hijrah ni. Tahun lepas seramai 1,400 orang yang gunakan pakej haji THTS. Tahun ni kurang disebabkan pengurangan kuota haji oleh kerajaan Saudi, bukan pasal umat Islam di Malaysia takde duit.

Siapa cakap takde umat Islam yang ambil pakej Al-Maas? Hj Nasrudin kata, lebih 20 jemaah haji yang gunakan pakej THTS paling mahal tu. Hotelnya? Tengok sendirilah. Berbaloi ke tidak, nilaikan sendiri...
Dar Al-Tawhid...Turun lobi hotel terus masuk Masjidil Haram...
Tengok lobinya... mewah dan sangat selesa...
Ni pulak biliknya... nilai la sendiri berbaloi ke tidak dengan harga bermalam-malam di bilik yang selesa macam ni..kan?
Pada penulis, kalau tak mampu gunakan khidmat pakej haji THTS, gunakan khidmat Tabung Haji pun boleh, tidak ada salahnya. Tapi janganlah merungut dan kata macam-macam kat Tabung Haji bila perlu tunggu umur 75 tahun baru boleh tunai haji, kan? Siapa suruh daftar lambat...?

Misalnya, kalau boleh, bila lahir je anak kita, terus kita buka akaun Tabung Haji untuk dia. Lepas cukup duit lebih kurang RM1,500 terus daftarkan haji untuknya. 

Kalau buat macam tu, insyaallah umur 20'an atau 30'an nanti senang-senang je dia dijemput Allah tunai haji.. tapi kena pasang niat dan azam la pada anak-anak kita tu.. kena semai cita-cita untuk tunaikan rukun Islam ke-5 kat depa...boleh?

Apa istimewanya pakej haji THTS? Pada penulis, "wow factor" yang ada pada pakej haji THTS bukan terletak pada kemewahan atau keselesaan pakej. Paling utamanya, pakej THTS ni penuh pengisian ilmu dan kefahaman tentang ibadah. Itu yang lebih penting.

Menurut Hj Nasruddin, THTS menyediakan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang diiktiraf JAKIM serta terlatih dalam menguruskan soal pengisian bimbingan ibadah haji. THTS sebenarnya tidak meletakkan keuntungan ditempat pertama, tapi mereka mementingkan ibadah yang mabrur bagi seluruh jemaah...

Contohnya, kalau tawaf tu 7 pusingan, mereka akan jelaskan dari pelbagai sudut sama ada hukum atau hikmah di sebalik perlakuan tawaf tu.. Ya! Itulah yang "mahal"nya pakej haji THTS ni...memang terbaik dan "reliable"!

Insyaallah, untuk permulaan, penulis berminat nak join pakej umrah THTS. Khabarnya nanti akan dianjurkan umrah ke 3 buah masjid iaitu Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Baitul Ateeq di Makkah. Cukup sempurna dan lengkap!

Memandangkan penulis hadir tunai haji berseorangan kali ini, penulis berazam nak bawa isteri dan anak-anak untuk mengikuti pakej umrah tersebut sekiranya diizinkan Allah. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang mencukupi bagi kami anak beranak untuk menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa mendapat keredhaan menziarahi rumahNya nanti..insyaallah...