EKSKLUSIF dari Makkah: Sekeluarga terima jemputan dari Allah.. Subhanallah...!

Bila Allah suka, insyaallah dijemput menjadi tetamu ke rumahNya...
Bertuah betul keluarga di atas. Penulis yakin, ramai umat Islam di Malaysia yang cemburukan mereka bila dijemput menjadi tetamu Allah untuk ke rumahNya pada musim haji kali ni...

Subhanallah..! Bukan senang untuk dijemput Allah ke rumahNya. Selalunya yang dijemput Allah hanya secara individu atau berdua bersama muhrim. Tapi keluarga Hj Hashim ni dirahmati Allah, seramai 7 orang dijemput sekaligus..!

Memang jarang-jarang berlaku. Tapi mungkin kerana Allah merahmati keluarga Hj Hashim ni, maka mereka semua dijemput Allah ke rumahNya. Begitulah jadinya bila "Tuan rumah" suka pada hambaNya.. segalanya mungkin...

Subhanallah... sekeluarga dijemput Allah ke rumahNya..? Kejarlah rahmat Allah, nescaya kita pun akan peroleh keberkatan "dhuyufurrahman" seperti keluarga Hj Hashim ini...insyaallah...
Menurut cerita Hj Hashim, ketika dia dan isterinya, Hajah Rosnah nak tunai haji pada tahun 2006, anak keduanya Muzakkir bertanya.. "kenapa tak bawa saya sekali, ayah?".

Sebak atas pertanyaan itu, timbul azam dalam dirinya untuk membawa seluruh keluarganya untuk ke Makkah bagi menunaikan rukan Islam ke-5 tu.. Ketika di depan Kaabah Hj Hashim memanjatkan hajatnya dan alhamdulillah dimaqbulkan Allah pada tahun ni...

Adik Muzzakkir...pencetus azam dan niat Hj Hashim...
Pada penulis, itulah bukti kekuasaan Allah yang Maha Menentukan. Dia pemilik Baitul Ateeq dan Dialah yang menentukan siapa jemputannya. Tabung Haji hanyalah perantara yang memudahkan jemputan Allah itu dari Malaysia...kan?

Hj Hashim bersyukur pada Allah atas jemputan tersebut. Ada rakan wartawan yang bertanya, apa rahsia di sebalik jemputan dari Allah tu? Kata Hajah Rosnah, dia dan suaminya memang menggalakkan anak-anak mereka memasang azam untuk tunaikan haji dari kecil lagi...

Bapa dan ibu mertua Hj Hashim, Hj Salleh dan Hajjah Marsidah..
Anak-anak Hj Hashim, Fakhrullah yang sulung, Muzakkir yang kedua dan Amirul yang ketiga...
Subhanallah.. Sama-samalah kita mendapat hikmah di sebalik "jemputan istimewa" Allah untuk keluarga Hj Hashim. InsyaAllah, suatu hari nanti doa kita pula dimaqbulkan Allah SWT. Dia yang menentukannya...bukan?

Apapun, selain bersyukur pada Allah, Hj Hashim memuji dan berterima kasih pada Tabung Haji kerana banyak memudahkan keluarganya beribadah selama berada di Kota Suci Makkah ini. Mereka sekeluarga ditempatkan di dalam sebuah bilik dan selesa dengan keadaan tu... 

Katanya, mereka sekeluarga sering diberi info-info terkini dari Tabung Haji melalui skrin info-haji di kaca TV di bilik setiap jemaah. Kata Hj Hashim, info tu sangat membantu mereka bersedia untuk melaksanakan ibadah setiap hari...
Rakan wartawan mengerumuni keluarga istimewa yang dipilih Allah ini...
Macamana? Sudah berazam di dalam hati untuk cuba mendapatkan jemputan dari Allah sebagaimana keluarga Hj Hashim? Mustahil? Mintalah pada Allah SWT, sekiranya Dia kabulkan doa dan niat kita, Tabung Haji pasti akan memudahkan segalanya...insyaallah...