EKSKLUSIF..!!! TOK GURU PAS KATA MAT SABU SYIAH..! (PART I)



Sebagaimana yang dijanjikan, KedahNews.com akan menyiarkan video temuramah eksklusif berhubung dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang dikatakan terlibat mengamalkan fahaman Syiah.

Dakwaan tersebut dilakukan oleh Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi sehingga menyebabkan Mat Sabu mengugut akan mengambil tindakan saman terhadap beliau.

Hakikat Mat Sabu dikatakan berfahaman Syiah difahamkan sudah lama diperkatakan sejak beliau sering berulang alik ke Iran. Selain itu, hubungan baik Mat Sabu dengan kepimpinan negara terkenal dengan amalan Syiah itu turut menyokong dakwaan tersebut.

Ustaz Ashiq Ilahi, seorang mudir dari Al-Maahad Al-Fathoni, atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah cuba merungkai dakwaan "Mat Sabu Syiah" melalui siasatan yang beliau lakukan sejak bertahun lalu.

Ustaz Ashiq juga merupakan seorang ahli PAS dan masih lagi ahli PAS. Justeru beliau menegaskan bahawa pendedahannya ini bukanlah bermotif politik, sebaliknya hanya mahu menegakkan kebenaran di sebalik kemelut KDN-Mat Sabu itu.

Beliau berkata, isu Syiah yang membabitkan Mat Sabu adalah membabitkan isu AQIDAH dan BUKAN POLITIK. Demi membuktikan kebenaran dan mematahkan gerakan Syiah di tanahair, Ustaz Ashiq tampil mendedahkan siasatan beliau.

Beliau tidak menuduh, namun menurut keterangan beberapa gurunya, Timbalan Presiden PAS itu dikatakan mengamalkan fahaman Syiah. 

Malah menurutnya, adalah sangat mustahil untuk guru-gurunya berbohong mengenai Mat Sabu memandangkan guru-gurunya juga merupakan ahli Dewan Ulama PAS sejak sekian lama.

Saksikan sendiri video pendedahan eksklusif siri yang pertama: