Anwar tak layak cakap soal Islam – Tun M

Jakarta – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak layak untuk bercakap dan menyampaikan ucapan mengenai soal agama di khalayak umum.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, Anwar sepatutnya sedar tentang dirinya yang terpalit dengan isu moral yang memalukan dan dilarang oleh Islam sebelum bercakap mengenai agama Allah itu di depan orang ramai.

“Kalau nak cakap pasal Islam mesti praktik sekurang-kurangnya, tidak buat yang dilarang oleh agama” kata negarawan itu yang dipetik dari Utusan, menerusi satu sidang akhbar selepas menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Indonesia, semalam.

Selain itu, mantan Perdana Menteri itu juga meluahkan rasa hairan beliau terhadap pemikiran segelintir pihak yang masih menerima individu seperti bekas Timbalannya itu dan berpandangan Anwar tidak berhak untuk bercakap nilai-nilai Islam.

"Saya hairan kerana diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tiada hak sama sekali," tegasnya lagi.

Dr. Mahathir yang dikagumi kawan dan lawan itu juga mempertikai pihak penganjur majlis yang sanggup mengundang Anwar untuk menyampaikan kuliah agama walaupun tahu tentang identity Ketua Pembangkang itu yang moralnya tidak melambangkan akhlak seorang muslim.

Menurut beliau, ramai pemimpin Islam yang latar belakang dan muamalah kehidupannya agak bertentangan dengan prinsip akhlak yang dianjurkan Rasulullah SAW, namun berani berucap di khalayak ramai mengenai moral dan nilai-nilai Islam tanpa rasa malu.

Media Indonesia baru-baru ini melaporkan Anwar diundang untuk menyampaikan ucapan Executive Lecture bertajuk “Islamic Va­lues and The Revival of Muslim Ummah” di kampus Universiti Al Azhar, Indonesia. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor