KLIA2: Isi hati Nurul Izzah

TINDAKAN Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah mengemaskini Twitternya hari ini berkenaan penunjuk arah yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ternyata memakan diri.

Dia pada mulanya mempersoalkan penunjuk arah di KLIA2 yang dikatakan tidak mencerminkan jumlah pembinaannya yang berjumlah RM5 bilion.

izzah

Bagaimanapun, persoalannya itu kemudian dijawab oleh pihak Malaysia Airports melalui Twitter rasmi mereka, sekaligus menafikan dakwaan Nurul Izzah itu.

izzah 2

Pada masa yang sama, pengikut akaunnya turut mengecam kenyataan Nurul Izzah yang disifatkan mereka sebagai fitnah dan sengaja mahu mencipta kontroversi.

izzah 4
izzah 3

Tidak diketahui dari mana dia memperolehi sumber gambar tersebut.

Namun, adalah lebih baik Nurul Izzah menjejakkan kaki terlebih dahulu ke KLIA2 sebelum membuat kesimpulan secara terburu-buru kepada umum.

Tak pasal-pasal dapat malu…-Mynewshub.my