TERKINI: Dyana Sofia ulas isu "BIKINI"..!

TELUK INTAN - Calon DAP bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan ternyata kelihatan agak gugup ketika berceramah di pentas Pas di Teluk Intan semalam.

Calon berkenaan, Dyana Sofea terbukti kurang berpengalaman khususnya ketika memberi ucapan politik dihadapan orang ramai.

Antara isu yang digunakan oleh Dyana ialah berkenaan isu perkauman yang dikaitkan dengan DAP. Calon muda ini menyatakan DAP telah menolak sentimen perkauman apabila meletakkan beliasu sebagai calon di Teluk Intan.

Dyana juga menegaskan pencalonannya membuktikan Pakatan mempunyai banyak pelapis dikalangan orang muda berbanding BN yang ketandusan generasi baru didalam parti berkenaan.

Mengenai penyebaran gambar berbikini artis Filipina yang didakwa gambarnya didalam laman sosial, Dyana menjelaskan bahawa dia yakin rakyat mampu menilai politik jijik yang dibawa oleh BN.

"Saya rasa bangga apabila mereka (cybertroopers BN) menyamakan saya dengan orang cantik.." kata beliau. -UtaraNews.com