Friday, 16 August 2013

Nasha Aziz skandal dengan Zul Ariffin

Umum sedia maklum, pelakon Zul Ariffin kini sedang bercinta dengan penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai. Namun baru-baru ini aktor bertubuh sasa ini dikaitkan pula sedang menjalin hubungan istimewa dengan aktres terkenal yang juga model jelita, Nasha Aziz.

Kononnya jalinan percintaan mereka tercetus selepas kali pertama bergandingan dalam telemovie raya berjudul Kasih Bersulam Daun Palas yang ditayangkan baru-baru ini.

Menjawab dakwaan tersebut, Zul menerusi akhbar Kosmo! hari ini mengakui mereka menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telemovie berkenaan. Di luar lakonan, kata Zul, tidak ada hubungan istimewa antara mereka.

“Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta (ketawa)? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telemovie Kasih Bersulam Daun Palas.

Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telemovie yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami”, katanya.

Sementara mengenai gelagat mereka yang dikatakan begitu mesra di lokasi penggambaran telemovie tersebut, jelas Zul.

“Tidak salah kalau saya hendak bermesra dengannya bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius.

“Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.

“Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut.

“Secara jujurnya saya begitu menghormatinya sebagai artis yang lebih senior dan sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan. Selain itu, saya melihatnya sebagai seorang pelakon yang cukup profesional dan berbangga dapat bergandingan dengannya”, tuturnya.

Dalam pada itu Zul turut berkongsi hubungannya dengan Gayatri sekarang masih seperti biasa, malah kekasihnya itu ada datang beraya di kampungnya, di Perak baru-baru ini. Tetapi soal perkahwinan belum lagi diputuskan. - Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment