Umum sedia maklum, pelakon Zul Ariffin
kini sedang bercinta dengan penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd, Gayatri
Su-Lin Pillai. Namun baru-baru ini aktor bertubuh sasa ini dikaitkan
pula sedang menjalin hubungan istimewa dengan aktres terkenal yang juga
model jelita, Nasha Aziz.
Kononnya jalinan percintaan mereka
tercetus selepas kali pertama bergandingan dalam telemovie raya berjudul
Kasih Bersulam Daun Palas yang ditayangkan baru-baru ini.
Menjawab dakwaan tersebut, Zul menerusi akhbar Kosmo! hari ini
mengakui mereka menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi
dalam telemovie berkenaan. Di luar lakonan, kata Zul, tidak ada hubungan
istimewa antara mereka.
“Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta (ketawa)? Saya akui kami
berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telemovie Kasih
Bersulam Daun Palas.
Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua
terjadi dalam telemovie yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada
hubungan istimewa antara kami”, katanya.
Sementara mengenai gelagat mereka yang dikatakan begitu mesra di lokasi penggambaran telemovie tersebut, jelas Zul.
“Tidak salah kalau saya hendak bermesra dengannya bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius.
“Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada
sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria
seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.
“Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul
akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang
seminggu penggambaran tersebut.
“Secara jujurnya saya begitu menghormatinya sebagai artis yang lebih
senior dan sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan. Selain itu,
saya melihatnya sebagai seorang pelakon yang cukup profesional dan
berbangga dapat bergandingan dengannya”, tuturnya.
Dalam pada itu Zul turut berkongsi hubungannya dengan Gayatri
sekarang masih seperti biasa, malah kekasihnya itu ada datang beraya di
kampungnya, di Perak baru-baru ini. Tetapi soal perkahwinan belum lagi
diputuskan. - Malaysian Digest