Keghairahan bercinta selalu membuat ramai remaja terlalu mengikut perasaan sendiri.
Orang kata kalau dah tengah seronok tu, air muka mak ayah dan hukum agama semua ditolak tepi.
Kalau sebelum ini seorang remaja
berjanji bulan bintang kepada kekasih yang baru seminggu bercinta, kali
ini seorang remaja pula berdoa bukan main lagi pada Allah Taala.
Berdoa dah tentulah tak salah, tapi kalau dah berdoa sambil tangan pakwe menjalar ketat kat pinggang apa kes?
Aduhai adik-adik sekelian, tolonglah berfikir panjang sebelum mengepos apa-apa ke laman sosial selepas ini.
Selain memalukan mak bapak, takut nanti
satu Malaysia ketawakan kebodohan dan kejahilan awak. Masa depan panjang
lagi kot!
Belum tentu dia tu akan jadi jodoh awak yang nak tunjuk
sangat lovey dovey tu kat orang lain. - MNH