Dalam mencipta kerjaya sebagai model, Josie Cunningham, 23, telah melakukan pembedahan membesarkan payu daranya.
Namun, pembedahan tersebut telah menyebabkan payu dara bernilai £4,800 menjadi terlalu besar.
Justeru, model tersebut bercadang untuk
menyaman National Health Services (NHS) kerana kecuaian pembedahan
tersebut menyebabkan dia menjadi bahan tawa orang ramai.
Josie bertindak untuk menyaman setelah mengambil kira kecuaian klinikal dan tekanan emosi.
Ibu tunggal beranak dua itu menyatakan dia akan menuntut lebih daripada £10,000.
Memetik laporan The Sun, Josie menjalani
pembedahan tersebut menerusi NHS pada Januari setelah memberitahu pakar
bedah bahawa dia kecewa dengan payu daranya yang kecil.
Dia mahukan payu daranya yang bersaiz 32A ke 36DD dan bercadang untuk menjadi model tanpa baju (topless model).
Josie yang kecewa terhadap pembedahan
tersebut terpaksa menjalani pembedahan kali ke dua untuk mengecilkan
‘sedikit’ saiz payu daranya yang menjadi bahan ‘pembuli online’.
Dalam pada itu Josie menafikan yang dia ada meminta supaya saiz payu daranya menjadi 36DD.
“Saya tergesa-gesa untuk menjalani
pembedahan tersebut. Saya tidak pernah memberitahu saya mahukan saiz
36DD – saya lebih suka jika sekadar saiz B.
“Tetapi mereka memberitahu, disebabkan
saya tidak mempunyai tisu payu dara, payu dara saya perlu dibuat lebih
besar,” kata Josie.
Pada masa yang sama, Josie dikatakan
turut menerima tawaran bernilai £1,500 bagi mendapatkan rawatan botox
untuk menangani masalah peluh yang ‘luar biasa’.