Kerani Didakwa Ransang Seks Luar Tabii

KULIM - Mahkamah majistret di sini menetapkan 9 September depan sebagai tarikh sebutan kedua kes seorang kerani perkapalan yang didakwa merangsang seorang kanak-kanak lelaki melakukan seks luar tabii pada 12 September 2012.

Azri Osman, 43, didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak berkenaan yang dijaga oleh isterinya antara jam 7 hingga 9 pagi tahun lalu di rumahnya di Taman Nilam Baiduri.

Jika bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan sebatan.