ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik
secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi
menggantikan bekas presiden Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA Syed Khairol Anuar Syed Abidin selepas Mesyuarat Luar Biasa (EGM) di Wisma Darul Aman di sini hari ini yang turut dihadiri 28 perwakilan.
Beliau berkata Azizan, yang juga bekas Menteri Besar, melepaskan jawatan tersebut pada awal Jun lepas disebabkan masalah kesihatan dan perwakilan KFA sebulat suara melantik Mukhriz sebagai presiden baharu bagi penggal 2013/ 2014.
Perlembagaan KFA sebelum ini menetapkan presiden persatuan itu adalah Menteri Besar dan perlembagaan baharu yang diubah pada 2010 menyaksikan jawatan tersebut dan eksekutif KFA bukan lagi automatik sebaliknya dipertandingkan.
Sementara itu, Mukhriz berkata beliau menggalas satu amanah berat sebagai presiden KFA kerana sukan bola sepak ini merupakan sukan yang diberi perhatian yang serius oleh rakyat di negeri ini.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada bekas Presiden KFA atas jasa dan sumbangan beliau kepada KFA sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.
Katanya beliau bertekad berusaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini pada masa akan datang dan ianya sesuai dengan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum yang lepas.
Katanya beliau akan mengkaji semula program pembangunan bola sepak negeri ini dengan menjalin kerjasama dengan kelab-kelab terkemuka antarabangsa bagi memberi pendedahan kepada pemain Kedah.
"Pendedahan dari segi kemahiran, cara pengurusan dan latihan merupakan penggerak utama kepada peningkatan mutu bola sepak negeri ini pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih sementara pasukan Kedah, Datuk Ahmad Shafie berkata ini merupakan cabaran baharu bersama Mukhriz untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah selepas tersingkir dalam Liga Perdana.
Katanya beliau mahu pasukan Kedah mengulangi sejarah kejayaan sebelum ini dan diharap pemain sedia ada mampu menggalas cabaran ini untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Kita dah ada pemain berpengalaman. Ada pemain yang bermain diperingkat nasional dan banyak kali ke separuh akhir. Kita cuma nak perbetulkan corak permainan pemain untuk menuju kejayaan," katanya.
Ahmad Shafie merupakan jurulatih sementara pasukan Kedah bagi menggantikan bekas jurulatih Mario Tot yang meletakkan jawatan. - Bernama