N Rajiv, 23, berkata, dia membeli 10 bungkus makanan haiwan dengan
harga runtuh kerana pada masa terbabit pasar raya berkenaan membuat
promosi terhadap produk berkenaan.
“Harga biasa makanan itu sebungkus ialah lebih kurang RM6 tetapi pada masa itu, ianya dijual dengan RM1.98 sebungkus,” katanya kepada Sinar Harian.

SUNGAI PETANI - Seorang jurutera tampil membuat laporan polis akibat
tidak berpuas hati dengan sebuah pasar raya di bandar ini yang
dipercayai menjual makanan haiwan yang tamat tempoh sehingga
memudaratkan kesihatan binatang peliharaannya.
Rajiv mendakwa, pada petang hari yang sama, dia membuka satu paket
makanan terbabit untuk memberi makan dua anjing peliharaannya.
“Jam 9 malam, saya dapati kedua-duanya mengalami muntah dan tidak bermaya.
“Melihatkan keadaan yang masih sama, saya membawa mereka mendapatkan rawatan keesokan hari dan mengesyaki kemungkinan berpunca daripada makanan terbabit,” katanya.
Rajiv berkata, dia kemudian membelek bungkusan makanan dan terkejut apabila mendapati lima daripadanya sudah tamat tempoh setahun lalu dengan tertera tarikh luput iaitu 2 Jun 2012.
Katanya, keesokan hari, dia membawa lima paket bungkusan terbabit ke pasar raya sama dan berjumpa dengan seorang kakitangan untuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Bagaimanapun, saya hampa apabila tidak dibenarkan berjumpa dengan pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan produk terbabit kerana dikatakan sedang sibuk,” katanya.
Menurutnya, kakitangan berkenaan mengakui produk dijual sudah tamat tempoh selain berjanji akan mengeluarkan barang dari rak jualan dan memaklumkan pengurus bahagian makanan haiwan berhubung perkara itu.

“Sehingga kini pihak pasar raya langsung tidak menghubungi saya. Saya
kecewa dengan tindakan lepas tangan selain perdaya pelanggan dengan cara
mudah.
“Saya khuatir kerana perkara ini berlaku ke atas produk makanan haiwan dan tidak mustahil sekiranya barangan dapur atau produk lain turut diperlakukan sedemikian rupa,” katanya.
Katanya, walaupun haiwan peliharaan semakin sembuh tetapi pendedahan dibuat supaya pengguna lain tidak tertipu dengan cara pasar raya terbabit melariskan produk sehingga sanggup menggadai kesihatan pengguna.

Rajiv berkata, pihaknya dalam perancangan untuk membuat tuntutan
tribunal dan melaporkan kejadian kepada pihak kementerian terbabit
supaya ia tidak dipandang ringan.
Dia turut menasihati orang ramai supaya melihat terlebih dahulu tarikh luput barangan dan tidak tertipu dengan taktik ‘jualan murah’ sesetengah pihak. - SH