PENDANG – Seorang peniaga cedera di jari dan leher selain mengalami
kerugian kira-kira RM10,000 selepas barang kemasnya disamun seorang
lelaki bersenjatakan parang dekat Kampung Jelai di sini baru-baru ini.
Suraya Mahmud, 42, berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 5 petang ketika dia berada di kedai runcitnya.
Menurutnya, seorang lelaki tidak dikenali berusia dalam lingkungan 20an berpura-pura masuk ke kedainya untuk membeli daun rokok manakala seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu.
“Walaupun kereta terbabit berhenti betul-betul di depan pintu masuk kedai saya, saya tak mengesyaki apa-apa.
“Lelaki itu masuk dan memberitahu ingin membeli daun rokok, jadi saya suruh dia ambil sendiri di rak berdekatan kaunter bayaran, sebab selalunya pelanggan akan ambil sendiri saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Selepas lelaki itu mengambil seikat daun rokok, dia dengan tiba-tiba meletakkan parang di bahagian leher dan mengarahkannya menanggalkan dua rantai tangan emas di tangannya.
“Pada mulanya saya tidak sedar dia letakkan parang di leher, jadi saya jerit tiga kali minta tolong, ketika itu baru saya terasa sakit di leher, dia tekan kuat dengan parang.
“Saya pun buka rantai tangan perlahan-lahan kerana berharap sangat ada pelanggan masuk ketika itu. Namun, lelaki berkenaan mengacukan pula parangnya ke bahagian perut saya lalu merentap rantai tangan saya,” katanya.
Suraya berkata, lelaki itu terus beredar dengan kereta berkenaan menuju ke arah Pendang.
Kejadian berlaku dengan pantas dan lelaki itu tidak sempat mengambil wang dari laci kaunter.
“Saya mensyaki penyamun itu datang beberapa kali sebelum menyamun kerana beberapa minit sebelum kejadian kereta terbabit ada berhenti di tepi kedai namun ketika itu ada ramai pelanggan menyebabkan mereka beredar.
“Ketika kejadian tiada sesiapa di kedai, ahli keluarga saya ketika itu keluar membeli juadah berbuka puasa. Saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku sepanjang 12 tahun berniaga,” katanya.
Katanya, dua gelang yang disamun itu adalah gelang kesayangannya dan dia telah pun membuat laporan polis. - SH