KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenalpasti suspek yang menembak mati
pengasas Arab-Malaysia Bank Husain Ahmad Najadi, 75, di tempat letak
kereta di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya
percaya tiga penjenayah termasuk penembak terbabit adalah mereka yang
diupah ataupun pembunuh upahan.
“Kita sudah mengenalpasti kumpulan terbabit berdasarkan pemeriksaan
dan penelitian rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Malah, kita mempunyai petunjuk positif dan percaya kumpulan terbabit akan dapat diberkas dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
“Malah, kita mempunyai petunjuk positif dan percaya kumpulan terbabit akan dapat diberkas dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Tambahnya, keadaan isteri mangsa, Cheong Mei Kuen, 49, yang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota dilaporkan stabil.
Katanya, sehingga kini pihaknya sudah merakam percakapan tujuh orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan. -SH