Penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik diharamkan
Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun mereka tidak memperagakan baju mandi,
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Majlis
Fatwa tak sebut soal baju, dia kata pertandingan ratu cantik tak
dibenarkan, ia bukan soal baju," kata Jamil Khir kepada pemberita
tengahari tadi.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan penganjur Miss Malaysia World 2013 yang mahu peserta Islam dibenarkan bertanding kerana mereka tidak akan memperagakan baju mandi.

Menurut
Jamil lagi, keputusan majlis fatwa itu tidak boleh disemak semula dan
mana-mana individu yang mahu menyangkal keputusan tersebut boleh didakwa
atas tuduhan menghina fatwa.
"Kalau sangkal senang sahaja, kita ada undang-undang dan peruntukan, (hukumannya) tak berat sangat, (cuma) dua tahun (penjara) dan denda RM3m000," kata Jamil.

Katanya, hukuman itu adalah mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
Penganjur acara berkenaan Meridian Surf Sdn Bhd minggu lalu mendakwa peserta Muslim mungkin akan dibenarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil bahagian kerana mereka tidak akan diwajibkan mengenakan baju mandi.

JAWI menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu spekulasi.