Tun M Dituduh Penipu, Cetus Ketegangan Kaum

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa isu berbaur perkauman tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama.

Pemimpin veteran DAP itu mendakwa, isu perkauman sudah tidak `laku’ untuk diguna pakai oleh mana-mana pihak bagi meraih kepentingan diri.

“Kenyataan perkauman sudah semakin tidak laku dan ini akan mematahkan percubaan untuk melaga-lagakan Melayu dengan Cina.

“Kenyataan-kenyataan perkauman merupakan perkembangan paling mengecewakan dalam politik Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahthir Mohamad tentang “dilema kaum Cina” seperti disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Kit Siang mendakwa Mahathir dalam kenyataan itu sebenarnya merujuk tentang percubaan kaum Cina untuk menghapuskan kuasa politik Melayu di Malaysia.

“Itu adalah dusta. Malah perkembangan sejak beberapa bulan lalu menunjukkan Mahathir yang sebenarnya cuba menimbulkan “ketegangan kaum”,” dakwanya. – mynewshub.my