Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan fb semua..
Terlebih dahulu saya rakamkan setinggi penghargaan terima kasih
kepada kalian yang menyokong serta menyuntik semangat dan azimat dalam
isu terhangat kini kononnya saya telah memaksa murid-murid bukan islam
makan di dalam tandas semasa bulan Ramadhan yang mulia ini.
Tiada siapa pun dapat menghalang lidah-lidah manusia menghamburkan
kata-kata di laman-laman fb dan twitter bagi menghentam dan mengutuk
saya semahunya berhubung isu dan kemelut tersebut.
Setelah beberapa ketika saya menyepikan diri bagi mengubati hati yang
terhiris luka angkara fitnah dan tomahan yang melanda akhirnya saya
terpaksa keluar dari kepompong dan persembunyian bagi menghargai
perjuangan murni rakan-rakan fb yang telah menghidupkan semangat saya
setelah mati seketika.
Tetiba saya dikejutkan oleh kelahiran Laman Kami Menyokong Encik
Mohamad Nasir b. Mohd Noor : Headmaster of SK Seri Pristana di dunia
maya oleh kumpulan yang amat prihatin terhadap kemelut dan dilema
dihadapi.”Rohku bagaikan kembali kepada jasadnya”. (TERIMA KASIH KEPADA
PENGENDALI LAMAN FB INI)
Kepada pelayar-pelayar fb yang menghentam dan mengutuk habis-habisan,
anda semua tetap dimaafkan kerana anda semua tidak pernah pun berada di
lokasi ini(SK Seri Pristana) untuk melihat dgn mata kepala anda sendiri
apalagi untuk membuktikan situasi dan kronologi yg berlaku sehingga
kini.
Anda mungkin mendapat info yang tidak tepat, mengelirukan dan salah
sama sekali.Barangkali info yang diberi oleh orang yang menyebarkannya
adalah dari sumber yang salah atau orang yang berkepentingan
diri.Sandainya lidah-lidah yg menghentam dan memfitnah tidak mahu
berhenti sampai bila-bila sekalipun(hembusan nafas yang terakhir)
fikirlah sehabis baik……………….
(i)Pastikah anda mempunyai kesempatan untuk memohon maaf kepada 1350 orang murid-murid beragama islam di SK Seri Pristana?
(ii)Pastikah anda boleh berjumpa dan memohon maaf kepada 80 orang
warga pendidik di SK Seri Pristana sebelum anda menghembus nafas
terakhir?
(iii)Bolehkan anda memohon maaf ibu-bapa dan penjaga murid-murid SK
Seri Pristana atas keterlanjuran dan mengaibkan maruah ibu-bapa dan
penjaga yang menghantar anak di sekolah ini?
(iv)Anda semua tidak perlu menemui saya untuk memohon maaf.Saya sudah maafkan anda semua.
Kepada isteri dan anak-anakku. Ku Najiha Ku Jaafar, Syahril Da
Rocha(Melbourne), Mohd Syukrinazren(Cyberjaya), Farah Asyikin(London),
Suhaimi Nasir(Egypt), Faziera Diana(Jordan) dan Farina Alisya.
Bersabarlah menghadapi dugaan dan sesamalah kita berdoa ke hadrat ALLAH
SWT agar ditunjukkan kebenaran.
Saya memohon maaf jika kandungan warkah dan peringatan saya di atas
menyebabkan perasaan anda terhiris serta terguris. Semoga ALLAH SWT
memberi keampunan dan berkat sempena bulan Ramadhan yg mulia
ini.Mudah-mudahan kita jugak akan mendapat syafaat junjungan Nabi
Muhammad SAW.Sekian wabilahitaufik wal hidayah wa’assalamualaikum
w.b.t………………….