NAMA pelakon kecil molek, Wawa Zainal kembali menjadi topik perbualan
apabila dirinya kini dikaitkan bercinta dengan pelakon kacak Aeril
Zafril.
Mereka dikatakan mula menyulam cinta sejak sama-sama berlakon dalam
filem 99 Kali Rindu yang mengandingkan keduanya sebagai hero dan heroin
menerusi naskhah tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan, "saya tak mahu
uar-uarkan kami bercinta, tapi bila tak menjadi, kami juga yang mendapat
malu. Cukuplah saya katakan kami rapat dan saya amat senang berkawan
dengannya.
"Sebenarnya tiada apa yang kami sorokkan kerana kami memang sudah
lama berkawan rapat dan dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya
kini," katanya.