KUALA LUMPUR: Mereka yang mendakwa dirinya sebagai "agong",
"permaisuri agong" dan "anakanda agong" merupakan antara sekumpulan 10
individu yang ditahan kerana cuba memasuki Istana Negara di Jalan Duta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, siasatan mendapati lelaki yang berusia 40 tahun itu mendakwa
sebagai "Yang di-Pertuan Agong yang sah".
"Kedua-dua wanita yang ditahan dengan kumpulan adalah isteri kepada
'pemimpin' yang berusia 52 tahun dan anak perempuan mereka berumur 11
tahun.
"Kami telah menahan kesemua mereka untuk membantu siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Ku berkata, pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas
daripada kenderaan mereka mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang
berasal dari Filipina. -Mstar