Walaupun mendapat berita kurang enak
iaitu diceraikan beberapa hari sebelum umat Islam menyambut sambutan 1
Syawal, namun hari raya pelakon jelita Rita Rudaini dan dua anaknya
tetap berlangsung dalam suasana meriah dan gembira.
Rita bersama dua anak lelakinya, Airit
Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, menyambut Aidilfitri di
kampung halaman aktres itu di Perlis Indera Kayangan.
Malah dia sempat membuat rumah terbuka
dengan menjemput saudara-mara, kenalan dan peminat yang tinggal
berdekatan untuk memeriahkan rumah terbuka yang dianjurkannya, baru-baru
ini.
Sebelum ini, bekas suami Rita, pemain
bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dipercayai telah
menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat
pesanan ringkas (SMS). -MNH