Alhamdulillah! Kelab hiburan terkenal bertukar jadi masjid


Rome – Salah satu daripada kelab hiburan terbaik di Itali akan ditukar menjadi masjid selepas pelan perancangan berkenaan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kelab Veneto yang mempunyai keluasan 3.3 hektar itu akan dijual kepada Pertubuhan Ahmadiyya Muslim, Australia.

Perjanjian itu memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan bagi menukarkan pusat komuniti kepada rumah ibadah.

Menurut setiausaha Kelab Veneto, Robert Griffante, jumlah keanggotaan kelab berkenaan telah menurun daripada 700 orang ketika ia dibuka pada 1970-an kepada 220 orang.

“Ia menyedihkan apabila kita terpaksa berpindah ke kawasan lain, namun kita perlu menarik golongan muda untuk menyertainya.

“Kawasan sekarang terlalu besar dan ia tidak sesuai untuk kita menetap di situ,’’ katanya.

Griffante berkata, lembaga pengarah kelab berkenaan telah mengenalpasti beberapa kawasan yang sesuai, namun ia tidak akan didedahkan sehinggalah perbincangan diadakan dengan anggotanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ahmadiyya Muslim Australia, Manzoor Khan berkata, pihaknya tertarik dengan kawasan itu kerana ia mempunyai penduduk daripada pelbagai etnik.

“Kami ingin membawa keamanan, kasih sayang dan perkhidmatan kepada masyarakat,’’ katanya.
Manzoor menjangkakan 200 jemaah akan menghadiri masjid berkenaan pada hujung minggu.