Artis baru menggoda cari mangsa?

*Sekadar hiasan
Panas lagi membara. Ibaratnya cerita ini macam ayam yang baru diangkat dari tempat pemanggang. Dikhabarkan teman Sha yang mesra membahasakan dirinya Ucu Anje, ada pendatang baru menggoda penerbit yang sudah berkeluarga. 

Goda bukan sebarang goda ya, si penerbit sampai tahap lupa anak isteri gara-gara terpikat dengan pelakon baru berdarah kacukan itu. Menurut Ucu Anje, penerbit dan pelakon itu kenal atas urusan kerja sejak tiga tahun lalu tetapi makin intim tahun lalu. 

 Mereka banyak habiskan masa bersama dan kemuncaknya penerbit itu tidak nampak pintu rumah. Mahu tak menggelupur si isteri mencari ke sana sini dan akhirnya dapat tahu pelakon itu sudah berjaya menawan hati suaminya. 

Lebih dahsyat lagi, pelakon yang gemar pakai baju macam tak cukup kain itu menggunakan khidmat bomoh untuk pastikan penerbit itu terus di sisinya. Sudah banyak kali pelakon itu kantoi apabila isteri penerbit itu terserempak mereka berdua-duaan dalam kereta. 

Malah si isteri pernah menunggu di bawah rumah sehingga penerbit itu keluar dari kawasan perumahan. 

Bayangkan, betapa pedihnya hati seorang isteri apabila suaminya masuk ke rumah wanita lain pada waktu malam dan keluar keesokan paginya. Bila bersemuka untuk bertanya perkara sebenar, baik penerbit mahupun pelakon masing-masing tidak mengaku malah dengan angkuh si pelakon itu mendakwa yang isteri penerbit itu cemburu buta. 

Malah dia menegaskan, tidak pernah bawa bukan muhrim masuk ke dalam rumahnya. Mahu tak sakit hati isteri penerbit itu sebab bukan sekali dua dia nampak kereta suaminya tersadai di tempat letak kereta perumahan pelakon itu. Lawak bangang apakah yang cuba ditekankan pelakon yang pendek akal itu? Itu belum kejadian mereka bergaduh sakan di tengah jalan.

Jelas Ucu Anje, sama macam dalam drama yang biasa kita tonton. Pelakon itu terjerit-jerit macam orang hilang akal menegaskan kononnya dia tidak buat apa-apa kesilapan walhal sudah terang lagi bersuluh dia berjaya memporak-perandakan rumah tangga orang. Jangankan minta maaf, siap maki hamun isteri penerbit itu di laman sosial Facebook. 

Ucu Anje memaklumkan yang sebelum kenal pelakon itu, penerbit berkenaan tak pernah membelakangkan isteri dan anak-anak. Malah difahamkan, pelakon itu ‘jatuh cinta’ dengan penerbit itu sebab terpikat dengan sikapnya yang budiman. Dia langsung tidak rasa bersalah sebaliknya ketawa sinis apabila tahu isteri penerbit itu terpaksa makan ubat penenang gara-gara tertekan. 

Sha harap pelakon ini dapat pertimbangkan semula perbuatannya. Yelah, kerjayanya masih baru malah nama pun belum besar lagi. Cerita negatif sebegini akan menjejaskan peluangnya untuk pergi lebih jauh dalam bidang lakonan. Fikir-fikirkanlah sebelum ramai dapat hidu. Malu dik, andai dicop perampas suami orang. -Metro