KUALA NERANG - Bazar Ramadan di sekitar Padang Terap kini dikenal pasti bebas dari masalah keracunan makanan.
Pegawai Kesihatan Daerah Padang Terap, Dr Aishah Jusoh berkata, pihaknya berterima kasih kepada peniaga yang mengikut arahan Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap bagi menghindari pelbagai kejadian tidak diingini.
Katanya, kejayaan ini menunjukkan bahawa peniaga mulai sedar tentang pentingnya menjaga kebersihan sama ada dalam penyediaan makanan dan juga persekitaran.
“Kira-kira 200 peniaga bazar Ramadan tahun ini layak mendapat markah 85 peratus kerana berjaya menjaga kebersihan, manakala 50 peniaga lagi gagal dan diberikan pendidikan kesihatan pengendalian makanan secara bersih dan selamat.
“Berbanding pada tahun lepas, peratus kebersihan dalam kalangan peniaga di bazar Ramadan sungguh mengecewakan dan tahun ini peniaga berjaya mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Dr Aishah berkata, pihaknya juga meminta pembekal makanan seperti di kilang, restoran, gerai dan penjaja untuk mendaftarkan premis mereka di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di http:fosimdomestic.moh.gov.my atau datang ke Pejabat Kesihatan yang berdekatan. Ini bertujuan untuk Kementerian Kesihatan mengumpulkan data mengenai peniaga di Malaysia.
"Pada minggu terakhir Ramadan ini, Pejabat Kesihatan Padang Terap akan melakukan pemeriksaan terhadap pengeluar kuih perayaan pula,” katanya. - sh