Chetz Yusof, "Tomboy" Hina Islam Ditahan Polis


Maznah Mohd. Yusof, atau lebih dikenali sebagai Chetz Yusof di Facebook telah ditahan pihak berkuasa petang semalam dipercayai berkaitan sebuah rakaman video "menghina Islam" sempena Aidilfitri.

Video bertajuk "1 Hari Di Hari Raya" yang dimuat naik ke laman Youtube pada tahun 2010 itu hangat diperkatakan dan mencetus kontroversi di kalangan umat Islam di Malaysia baru-baru ini.

Chetz yang merupakan jurulatih anjing yang dipercayai individu yang bertanggungjawab di dalam rakaman video tersebut telah ditahan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 3 petang sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sebelum ditahan, Chetz sempat memberitahu semalam bahawa dia langsung tidak berniat untuk menghina Islam, sebaliknya menyalahkan umat Islam di negara ini yang dikatakan terlalu sensitif dengan isu yang dicetusnya itu.

Peguam PKR, Latheefa Koya dilaporkan telah dilantik untuk menjadi peguambela bagi mewakili Chetz.

Wanita berusia 38 tahun dan masih berstatus "andartu" itu dilaporkan akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. -KedahNews.com