“Saya tidak sangka ciuman dan pelukan
arwah beberapa kali sebelum kami tidur bersama di ruang tamu
rupa-rupanya petanda dia mengucapkan selamat tinggal sebelum pergi untuk
selama-lamanya,” kata Siti Nor Mahiran Sakri, 21, ibu kepada Puteri
Syaza Ariqa Edriana Mohd Roshazran, bayi berusia 20 bulan yang lemas,
kelmarin.
Menurutnya, anaknya berkelakuan ganjil apabila sering kali mencium
pipi dan memeluknya sebelum arwah serta abangnya, Mohd Irfan Argan
Aduka Roshazran, 5, tidur bersama-sama, kira-kira jam 3 petang.
Bagaimanapun, katanya, selepas 30 minit mereka tidur dan tersedar, Puteri Syaza didapati tiada dalam rumah dan hilang.
“Saya mendapati pintu depan rumah terbuka dan mengesyaki sesuatu lalu mencarinya sekitar halaman rumah, tetapi tidak jumpa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Gucil dekat sini, semalam.

Siti Nor Mahiran yang mengesyaki sesuatu menimpa anaknya memaklumkan
kepada jiran mengenai kehilangan Puteri Syaza lalu terus mencarinya. -Metro