IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)
menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting,
Taiping hari ini kerana terlibat dengan fahaman serta ajaran Syiah.
Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin
berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan
Mohammad Ridzuan Yusof, 51.
Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting,
Taiping manakala Mohammad Ridz uan ditahan di sebuah premis di Kampung
Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang
bermula pukul 11.25 pagi.
“Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut
Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti
kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah. — BERNAMA