KULIM - Exco Pergerakan Puteri UMNO, Noor Sabrina Mohd. Noor
hari ini mengesahkan menawar diri bertanding bagi jawatan naib ketua
puteri pada pemilihan UMNO kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat,
Komunikasi dan Teknologi Tinggi negeri itu berkata, beliau menawarkan
diri selepas mendapati menerima sokongan daripada sayap Puteri di
negeri-negeri pantai timur.
"Saya berharap pengalaman saya sebagai ketua Puteri Umno bahagian
sejak pergerakan Puteri wujud dan memegang jawatan exco pergerakan itu
sejak 2008 akan menjadi nilai tambah," katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan sumbangan Iftar Ramadan, di sini hari ini.
Jawatan itu akan dikosongkan oleh penyandang Shahanim Mohd Yusuf yang sudah mencapai had usia. - BERNAMA