KULIM - Penduduk Kampung Keladi cemas apabila seorang lelaki yang
dipercayai pesakit mental tiba-tiba mengamuk dan bertindak agresif.
Sinar Harian difahamkan, penduduk kampung memaklumkan kejadian itu kepada polis kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, setelah menyiasat keadaan itu pihaknya mendapati pesakit mental terbabit mengamuk berikutan dia dilempar dengan mercun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kebiasaannya pesakit seperti ini tidak akan meracau sekiranya tidak ada mana-mana pihak mengganggunya.
Bagaimanapun setelah ditenangkan, mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan.
"Saya ingin menasihatkan kepada sesiapa sahaja supaya jangan mengganggu pesakit seperti ini. Ini adalah kerana ia mungkin akan bertindak agresif apabila diancam. Bagaimanapun sekiranya berlaku kejadian seumpama ini di masa.

akan datang, saya berharap supaya mangsa jangan dicederakan sebaliknya memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.