Kisah dalam rumah urut...!

Terdapat premis yang didakwa menyediakan pakej tambahan iaitu urutan badan ke badan (B2B) malah ada yang menawarkan urutan batin kepada pelanggan lelaki.

Harus anda sedar bahawa pakej tambahan yang ditawarkan hanya berlaku di antara pelanggan dan gadis urut kerana pemilik atau penjaga premis akan bermati-matian menafikan mereka menawarkan pakej sedemikian.

Lebih memeranjatkan, ada antara lokasi di kawasan tertentu mempunyai 15 hingga 20 rumah urut!

Meskipun serbuan demi serbuan dilakukan pihak berkuasa dalam menangani kegiatannya, usaha tersebut seolah-olah tidak berkesan dan tiada penghujung.

Inilah realiti yang ditemui dalam tinjauan di beberapa kawasan di bandar raya ini termasuk di sekitar kawasan Tebrau bagi membongkar kisah di sebalik rumah urut.

Kebanyakan tukang urut bukan terdiri daripada penduduk tempatan tetapi warga asing terutama dari China, Indonesia, Filipina dan Thailand. Rata-ratanya pula apabila diajak berbual, tidak mampu bertutur dalam bahasa Malaysia.

Berikut adalah pengalaman wartawan Sinar Harian (SH) dengan penjaga premis bagi pusat refleksologi dan spa di sekitar kawasan Taman Nusa Bestari, Skudai (blok bangunan dua tingkat).

**Wartawan menuju ke lokasi dan menekan loceng yang terdapat pada dinding di luar premis. Kelihatan terdapat kira-kira tiga pasang kasut dipercayai milik pelanggan. Malah dari luar premis terdapat sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dipasang.

Loceng ditekan dan kelihatan seorang lelaki berbadan sasa merapati dan membuka pintu..

Penjaga: Selamat Datang!

SH: Yes bos! Thanks.. Mau urut la bos.. Sakit badan, jadi datang mahu urut.

Penjaga: Boleh maa. Tapi lu hari ini tidak ada kerja ka?

Di sebalik tulisan pada papan tanda yang menawarkan urutan badan, siapa sangka terdapat pusat refleksologi sekitar bandar raya ini menawar dan menyediakan pakej tambahan.

SH: Hari ini saya cuti la bos. Sudah beberapa hari tidak sihat.. badan sakit la kerja angkat barang berat.

Penjaga: Oh macam itu.. talak (tiada) masalah.
SH: Tapi berapa ‘rate’ urut bos? Saya belum gaji lagi..so takda duit banyak.

Penjaga: Mulah maa..sini bukan macam tempat lain. Satu jam RM60...urut bagus punya maa. Amoi’ bagus maa..baru sampai dari China ada, Thailand ada...’Philipine’ pun ada..Lu pilih!

SH: Okey! Saya tidak kisah ‘amoi’ dari mana..tapi yang penting dia pandai urut.

Penjaga: Boleh-boleh talak ada masalah..lu bayar dulu RM60 sikalang..boleh?
 
**Kedengaran penjaga premis kembali ke meja kaunter dan mendail telefon seterusnya bercakap dalam bahasa Mandarin.. Lima minit kemudian, tiba seorang gadis berbaju-T dengan memakai seluar ‘jeans’ pendek yang ketat tersenyum di hadapan bilik keci.

Wanita: Hello! (sambil tersenyum manis dan menghulurkan tangan untuk berjabat). My name is Kitty (bukan nama sebenar)..what is your name?

SH: Oh..my name is Fariq (bukan nama sebenar)..How old are you?

Wanita: I’m 27 years old..come from China. Okey..don’t waste your time..open your cloth and short please.

**Wanita ini memberikan tuala dan kemudiannya mengurut. Usaha  untuk berkomunikasi dengannya gagal kerana wanita ini tidak mampu bertutur dalam bahasa Malaysia malah tidak fasih berbahasa Inggeris.

Setelah hampir 40 minit, dia memberhentikan urutan. Dia kemudiannya mendekatkan diri sambil berbisik sesuatu...

Wanita: ‘Handsome’..do you want....(sambil memberi isyarat urutan batin)

SH: How much?
Wanita: RM50 only..just pay to me..no need to pay to my boss.

SH: Oh..any other service that you provide?

Wanita: what do you want? Me? Open my cloth?

SH: If you open your cloth how much?

Wanita: Just need to add another RM50 only.. -sh