Mungkin kita akan rasa ‘geli’ dan mungkin
juga yang akan mengatakan ia perkara biasa bila bercakap perihal lelaki
mudah menangis. Hakikatnya, memang jarang untuk temui lelaki apatah lagi
bermuka ganas yang mudah tersentuh. Egolah katakan!
Selain dilihat kasar dan tidak romantis, lelaki biasanya dianggap
hanya boleh pecahkan masalah mereka dengan kekerasan. Benarkah? Secara
luaran, memang tanggapan itu berasas tetapi apabila mengenali mereka
dengan lebih mendalam, tak mustahil ada sebahagian perlakuan mereka yang
boleh mencuit hati wanita. Contohnya, memang lucu kalau bayangkan
lelaki dengan susuk badan tegap dan berurat tetapi menangis apabila
menonton drama menyayat hati.
Tak salah apabila lelaki menangis, cuma mereka sendiri merasakan ia
satu tindakan kurang normal yang tidak akan dilakukan kerana seolah-olah
meletakkan mereka setaraf dengan golongan wanita. Namun menangis tak
bermakna anda kalah. Ia boleh dijadikan cara untuk luahkan perasaan dan
sebagainya.
Calar ego
Sebenarnya, lelaki akan cuba menyembunyikan air mata. Sebolehnya nak
tutup dengan perlakuan ‘macho’ dan sifat kejantanan supaya tak mahu
dilabel ‘lembut’. Mereka makhluk keras dan tegar. Tapi entah kenapa
penulis merasakan mereka nampak comel dan manis apabila mula menangis.
Jika malu nak menangis untuk sesuatu yang anda rasa perlu, tengoklah keadaan. Tak salah untuk anda yang bergelar lelaki meluahkan masalah dengan cara menangis. Berhati lembut juga tidak mengapa kerana ia tak merendahkan tahap anda sebagai lelaki. Berlembut harus kena pada tempatnya. Jangan asyik bela ego menggunung, bukan boleh disimpan buat harta pusaka.
‘Di sebalik kekasaran seorang lelaki, pasti ada secebis kelembutan’
‘Dan kelembutan itulah yang berjaya menawan hati seorang perempuan.
Malu mengaku
Perasaan lelaki sama seperti wanita iaitu cepat tersentuh namun mereka malu untuk mengakuinya. Dikatakan setiap titisan air mata mereka memang ‘mahal’. Tapi kita akan rasa geli hati apabila mereka menangis untuk perkara yang kurang relevan. Maksudnya situasi yang tidak kena dengan status mereka sebagai lelaki. Contohnya ‘kantoi’ mengesat air mata apabila menonton filem Hindustan ataupun membaca novel yang pengakhiran mengecewakan.
Walaupun mereka berhati lembut, bukan maksudnya lelaki ini dalam golongan ‘lembut’. Cuma mereka tergolong dalam kelompok yang mudah terguris dan terasa hinggakan ada kes di mana rakan serumah tak ajak keluar makan malam boleh menyinggung perasaan si jejaka.
Setinggi mana pun ego seorang lelaki, dia akan tetap menangis, cuma cara mereka berbeza sama ada menangis di dalam hati atau diluahkan secara bersendirian. Dilahirkan sebagai lelaki memang banyak cabaran, tak terkecuali juga wanita. Tetapi dugaan si jejaka dikatakan lebih mencabar apatah lagi bergelar ketua keluarga.
Lelaki biasa menangis bila...