Maembong beraya sakan!





CANTIK, berwajah pan-asian dan mereka adalah sebahagian daripada 11 anak-anak kepada pelukis negara, Ismail Embong. 


Tidak dinafikan ketika ini, nama Emma Maembong paling dikenali bukan sahaja kerana bakat tetapi juga cerita cintanya dengan Zizan Razak.

Kini adiknya, Cha Cha mengikut jejak langkah namun kakaknya, Yaya sebenarnya terlebih dahulu menyertai dunia seni namun lebih banyak terlibat dalam bidang teater dan kerja-kerja di belakang tabir. -Utusan