ALOR SETAR - Menara Alor Setar akan melanjutkan operasinya
pada musim perayaan Aidilfitri, bermula hari raya pertama sehingga 18
Julai.
Menara Alor Setar dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, pada
hari raya pertama, ia dibuka mulai 11 pagi hingga 12 malam manakala pada
hari raya kedua sehingga 18 Ogos, bermula 9 pagi hingga 12 malam.
Pada hari biasa menara akan beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 10.30
malam bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang bercuti panjang
terutamanya di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, untuk melawatnya. -
BERNAMA