SIK - Ahli-ahli Koperasi Pembangunan Beris Berhad (KPBB), di sini
menerima 'durian runtuh' apabila Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun
Mahathir mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM2.147 juta, iaitu
jumlah tertinggi yang pernah diagihkan sepanjang tempoh 13 tahun.
Mukhriz berkata dividen itu akan diagihkan kepada 552 penerima, dengan ketua isi rumah masing-masing akan menerima dividen berjumlah RM4,380.
"Terdapat seramai 552 penerima dan setiap ketua isi rumah yang terlibat akan menerima dividen pada tahun ini berjumlah RM4,380. Jumlah yang dibelanjakan oleh kumpulan ladang (Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd) ialah RM2.417 juta.
"Sejak 13 tahun, agihan dividen tahun ini yang paling tinggi, tetapi selepas ini kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi hasil ladang, untuk kita kongsi dividen dengan semua peserta skim ladang ini," katanya pada Majlis Penyerahan Dividen KPBB, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, di sini, semalam.
Sementara itu, penerima dividen, Rosimah Md Noh, 35, ketika ditemui Bernama berkata pada tahun lalu, beliau menerima agihan dividen sebanyak RM2,600.
"Memang ini jumlah paling tinggi yang pernah kami terima, sebelum ini, dividen paling rendah yang pernah diterima ialah RM1,500. Memang rasa gembira dan bersyukur sangat apabila jumlahnya lebih dua kali ganda pada tahun ini.
"Duit ini saya cadang akan diguna untuk persiapan menyambut hari raya, perbelanjaan persekolahan untuk enam orang anak saya, serta disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Long Awang, 82, berkata sudah lebih 10 kali dia menerima dividen sejak menyertai skim ladang, dan dia gembira apabila menerima dividen yang sebegitu banyak.
"Memanglah kami berharap agar dapat dividen yang lebih tinggi setiap tahun, tetapi kami tetap bersyukur jika ia tidak sebanyak mana. Cuma tahun ini, memang saya gembira apabila menerima dividen lebih RM4,000," katanya.
Bagi Sahimah Dain, 49, pula, wang dividen yang diterimanya itu akan disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan dan persekolahan anaknya memandangkan persiapan menyambut hari raya sudah mencukupi.- Bernama