Semalam, kita dikejutkan dengan luahan
perasaan kekecewaan penerbit, pengarah dan pelakon filem Lemak Kampung
Santan (LKS), Hans Isaac yang enggan lagi mengarah filem di laman
Twitternya.
Dalam melupakan kekecewaannya itu, Hans kini berhasrat untuk menumpukan perhatian dalam bidang pementasan teater sahaja.
Heroin LKS, Neelofa bagaimanapun enggan
mengulas lanjut mengenai kurangnya sambutan yang diberikan penonton
terhadap filem lakonannya itu.
“Hal ini tak seharusnya diajukan kepada
saya kerana tugas saya hanya berlakon. Penerbit yang sepatutnya menjawab
tentang isu ini.
“Saya ada pendapat saya sendiri tapi
saya tak sedia berkongsi. Jika saya buka mulut, nanti macam-macam cerita
lain yang keluar,” ujarnya yang dipetik menerusi portal Gua.