Bila dah namanya artis, apa saja yang dibuat semuanya jadi perhatian.
Mungkin ada yang mencebik apabila apa
yang artis makan, cakap, buat kadang-kadang dijadikan bahan perkongsian
walaupun ia perkara remeh. Tapi hakikatnya, ramai yang suka untuk ambil
peduli perkara ini.
Contohnya apa sahaja yang dibuat oleh
pelakon hot, Nora Danish. Kalau dia pos kotak tisu sekali pun di laman
Instagram, senang-senang boleh dapat Like lebih daripada 3,000!
Jadi kalau kami kongsikan video Nora
Danish kecek kelate di bawah ini, ia adalah khusus untuk peminat Nora.
Sesungguhnya apa sahaja yang keluar dari bibir comelnya adalah berita selagi dia masih berada dalam senarai pelakon wanita hot negara kita – walaupun bak kata salah satu komen, ‘Kuca lana nyo kecek kelate’.