“Ini gejala buruk yang melanda masyarakat kita di Malaysia...kita
harap ia (usaha menggugat kesucian agama) tidak sampai ke tahap
mencetuskan situasi genting seperti yang berlaku di beberapa negara
Islam lain di dunia,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada rakaman video terbaru
yang tersebar di laman sosial dengan memaparkan seorang individu yang
membawa tiga anjing bersiar-siar berhampiran perkarangan masjid dengan
suara latar takbir raya.
Muhyiddin berkata, walaupun negara aman, perkembangan mutakhir itu menunjukkan tiada persefahaman dan pengertian mendalam tentang keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Menurutnya, perkara itu dilihat mengganggu dan menggugat ketenteraman jiwa masyarakat Islam di negara ini.
“Adakah ini manifestasi dilakukan sesetengah pihak selepas melihat kita lemah, sekali gus mudah diperkotak-katikkan atau mungkin kita tidak tegas dan berani bertindak sehingga membiarkan pihak tertentu mencemarkan kesucian agama kita,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah amal Bestari (RAKB) dianjurkan Eden Inc Bhd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.
Katanya, mereka yang cuba mencetuskan kontoversi agama ini adalah orang yang bodoh dan tidak faham dengan nilai agama serta kehormatan terhadap agama lain.