PANAS! Video Guru Serang, Pukul Murid..!!!


Memang "pedas" sindiran cikgu di dalam video parody yang tersiar di laman Youtube baru-baru ini. Mungkin cikgu tersebut sudah menyampah dengan sikap kebanyakkan ibu bapa kini yang terlalu manjakan anak.

Di zaman ini, ibu bapa terlalu cenderung untuk memanjakan anaknya sehingga ada yang sanggup menyerang guru-guru di sekolah yang marahkan anak-anak mereka kerana tidak mengikut arahan yang diberikan.

Sebagai contoh, di Pulau Pinang baru-baru ini seorang bapa membuat laporan polis kerana anaknya dimarahi guru meskipun menyedari anaknya itu tidak membuat kerja sekolah.

Menurut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru kini tidak dibenarkan "menjegilkan" mata pada para pelajar mereka, apatah lagi memukul atau merotan anak murid walau dalam apa jua kesalahan sekalipun.


Akibatnya, ramai anak-anak kita dan generasi muda di zaman ini "rosak", tidak hormat pada guru, kurang ajar, tidak dapat dikawal, liar dan melampau. Fenomena "polis datang ke sekolah" atas urusan disiplin pelajar adalah satu perkara yang biasa di zaman sekarang.

Di sekolah rendah misalnya, ada murid yang terjebak dengan kegiatan merokok, hidu gam dan dadah. Kalau di sekolah rendah pun sudah begitu, apatah lagi yang berlaku di sekolah menengah. Kegiatan hisap dadah, merokok, berzina dan mengandung anak luar nikah adalah satu perkara biasa, bukan?

Di zaman kita dulu, semua perkara tersebut adalah satu perkara yang "luar biasa". Kalau ia terjadi di zaman dulu, maka bukan saja pelajar itu akan dihukum dengan berat oleh pihak sekolah, malah ibu bapanya juga akan menghukum anak mereka sendiri!

Pertikaian mengenai perkara ini sering menjadi perdebatan di zaman ini. Ibu bapa salahkan guru, guru pula salahkan ibu bapa. Namun yang selalu menjadi mangsa ialah para guru-guru kita. Apa pandangan anda?