ALOR SETAR - “Jemput masuk cik adik manis, tengoklah dulu tudung yang
ada kot-kot berkenan untuk dipakai hari raya,” pelawa beberapa peniaga
tudung antara taktik diguna untuk memikat perhatian orang ramai yang
lalu-lalang di karnival jualan Ramadan, hadapan Pekan Rabu, di sini.
Walaupun cuaca panas terik namun tidak menghalang kebanyakan pengunjung
berjalan dari satu lot ke satu lot kedai sambil mata meliar memerhati
pelbagai jenis pakaian yang tergantung di dalam kedai.
Bukan golongan wanita sahaja mengambil peluang mencari kelengkapan saat akhir tetapi juga ramai lelaki, rata-ratanya pasangan suami isteri kelihatan mendukung anak yang masih kecil dengan tangan membimbit pelbagai jenis corak beg plastik.

Lokasi karnival berkenaan semakin sesak beberapa hari menjelang
Aidilfitri terutamanya ketika cuti hujung minggu setelah ramai kalangan
mereka bekerja di luar Kedah tidak melepaskan peluang membawa keluarga
mencari kelengkapan raya.
Tidak putus dikunjungi
Situasi itu turut diakui salah seorang penjual tudung, Nur Wahidah Abdul Jalil, 22, apabila kedainya turut tidak putus-putus dikunjungi pelanggan yang mencari tudung raya berbanding ketika awal Ramadan.
“Orang ramai ambil kesempatan cuti panjang untuk bawa keluarga beli kelengkapan raya, tambahan pula ada baru dapat gaji dan bonus raya. Masing-masing tidak lepas peluang mencari pakaian sedondon untuk beraya.

“Manakala peniaga selalunya akan berlumba-lumba menurunkan harga serta
membuat potongan istimewa terutamanya pada malam raya. Suasana memang
meriah dengan pelbagai gelagat peniaga yang mencuit hati,” katanya.
Menurutnya, pengalaman berniaga di pasar malam sebelum ini turut membantunya memahami keperluan pelanggan terutamanya dalam mencari tudung yang sesuai dengan selera mereka.
“Walaupun harga ditawarkan amat berpatutan berbanding kedai lain, namun mereka tetap tawar-menawar supaya harga yang dikenakan lebih murah. Kami kena pandai ambil hati supaya mereka berpuas hati harga serta layanan.

“Kebanyakan golongan muda lebih suka tudung jenis tiga lapis, bawal
manakala golongan dewasa lebih suka tudung dihiasi dengan batu-batuan
hiasan,” katanya.
Nur Wahidah berkata, harga tudung tiga lapisan yang menjadi pilihan ramai itu dijual dengan harga RM30 ke atas dan tudung dihiasi batu perhiasan lebih mahal bergantung kepada corak serta kualiti kain.
Datang bersama baju raya
Salah seorang lagi penjual tudung, Nur Afinaz Natasya Mohamad Fuad, 22, berkata, pengalaman menjadi penjual sejak empat tahun lalu memberi kelebihan kepadanya untuk berhadapan dengan pelanggan.

“Saya lebih suka bagi ruang masa kepada pelanggan yang baru masuk ke
kedai pilih tudung supaya mereka selesa, selepas itu baru saya bagi
cadangan tudung bersesuaian dengan cita rasa mereka.
“Ada juga pelanggan yang datang ke kedai membawa bersama baju raya
mereka untuk memudahkan proses mencari tudung sesuai serta sepadan
dengan baju,” katanya.
Sementara itu, penuntut Politeknik Seberang Perai, Nor Liyana Che Omar,
20, berkata, dia mengambil peluang cuti semester untuk mencari
kelengkapan raya bersama adiknya, Nor Adibah Husna, 15.
Menurutnya, disebabkan kesibukan dengan jadual harian sebagai pelajar
tidak memberi ruang untuknya membuat persiapan sejak dari awal Ramadan
berbanding sebelum melanjutkan pelajaran dulu, persiapan dibuat awal.
Nor Adibah Husna, yang juga pelajar tingkatan tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai, Kulim, berkata, kesempatan pulang ke kampung halaman keluarga di Alor Setar memudahkannya untuk bersama kakak datang ke karnival itu.

“Kadang kala malam raya pun kami datang ke sini, saja mahu lihat
kemeriahan orang ramai membeli belah. Banyak barangan yang dilelong
antaranya pakaian serta kuih raya,” katanya. -sh