“Raya tahun ini disambut dengan rasa sedih
oleh keluarga kami kerana kejadian yang menimpa adik ipar,” kata kakak
ipar kepada Badariah Hussin, 44, yang mati selepas ditikam sebanyak
empat kali dalam kejadian di Sunway Batu Caves, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 50-an itu yang enggan dikenali berkata, sepatutnya
mangsa yang bekerja di hotel di Genting Highlands itu pulang beraya di
Lanchang, Pahang sebelum ditemui mati di dalam bilik sewanya kira-kira
jam 5 petang.
“Hasil bedah siasat mendapati adik ipar saya menerima empat tikaman
di bahagian badan termasuk masing-masing satu di paha dan jantung serta
dua di hati.
“Saya tidak menyangka kejadian sebegini dialami adik ipar kerana dia seorang yang baik dan tidak pernah ada masalah dengan sesiapa terutama ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini, semalam.

Menurutnya, adik iparnya mempunyai teman lelaki dan setakat ini dia tidak mempunyai masalah dalam perhubungan cinta.-Metro