SEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ramai
antara kita yang mempunyai kenangan indah mahupun mencuit hati ketika
berpuasa dan beraya.
Ikuti perkongsian selebriti tempatan yang sempat Sinar Harian Online kumpulkan untuk tatapan pembaca tentang kenangan berpuasa dan beraya mereka sebelum ini.
Pelakon, Eriyne Eryna
Saya mula puasa pada usia 6 tahun. Nenek selalu bagi hadiah RM 1 kalau puasa. Saya lagi suka puasa bila hari sekolah sebab tak rasa macam puasa. Seharian ibuk dengan kelas, bila balik dah petang dan tinggal tunggu waktu berbuka saja.
Pelakon, Intan Ladyana
Saya mula puasa pada usia 6 tahun tapi tak penuhlah. Masa umur 7 tahun dah puasa penuh.
Raya tahun ini, saya tak pasti lagi cuti berapa lama tapi mungkin akan pergi bercuti dengan keluarga. Kampung saya di Bangkok, sambutan di sana tak semeriah di sinilah.
Pelakon, Hafeez Mikail
Ada satu insiden di mana saya tak ingat itu bulan puasa. Ketika bersekolah, saya aktif bersukan, saya main bola keranjang dan yang bermain bersama saya ramai pelajar Cina.
Selepas bermain bola keranjang, saya terus pergi ke kantin dan beli air. Tiba-tiba cikgu datang dan tanya kenapa saya tak puasa. Saya kenalah rotan.
Pelakon, Shukri Yahaya
Ini tahun kedua saya berpuasa dan beraya sebagai pelakon. Alhamdulillah rezeki Ramadan kali ini bertambah.
Bulan ini dan seminggu selepas raya, saya akan ada penggambaran untuk drama Menjinak Ombak sebanyak 13 episod arahan Along Kamaluddin.
Selepas sembahyang raya, menu wajib yang saya akan cari adalah lontong dan kuah kacang. Mak mesti akan buat.
Aedy Ashraf
Masa sekolah rendah saya beli air di 7Eleven kemudian bawa ke sekolah. Masa itu minum di tandas. Pernah kantoi dengan cikgu dan mereka bagi saya ceramah sebab tak puasa.
Tahun ini saya cuba untuk berehat sedikit pada bulan puasa dan menghabiskan masa dengan keluarga di kampung. Untuk raya tahun ini, kemungkinan saya ada cuti selama empat hari sebelum mula penggambaran telemovie, Sahabat. -sh